Wednesday, November 26, 2008

Hipokrit #1

Hari ini, pejabat teman ada mengadakan jualan buku. Beberapa pembekal dijemput untuk menjual buku mereka. Ada yang memberi potongan harga dan ada yang tiada walaupun pada dasarnya ada persefahaman untuk memberi potongan harga – itu yang teman difahamkan oleh urus setia program, pengumuman dibuat melalui sistem siar raya jabatan.

Sambil menyemak tajuk buku dan membelek kandungan buku2 tersebut, teman berkenan dengan beberapa tajuk dan teman beli. Tajuk buku yang teman beli adalah seperti tersenarai:

Japanese for Everyone

M Rajendran

Pelanduk

99 wali Allah

Abu Mazaya Al-Hafiz

Al Shafa

Formula Bisnes Negara China

Ann Wan Seng

PTS

Kapal Haji Dalam Kenangan

Yahya Awang

Utusan P&D

Teringat teman kepada kawan yang menulis buku sedikit ilmiah dan teman melilau untuk menenguk sama ada buku beliau turut sama diperdagangkan, tapi hampa – tidak jumpa wal hal buku lain dari penerbit yang sama sangat banyak dipamerkan. Terfikir teman, eh bagaimana boleh jadi begini? Teman pun cuba try contact kawan tu. Guna sms

Teman : di depan opis aku ada jual buku. Buku penerbit hang pong banyak tp hang punya tak ada

Dia: buku aku dah habis dari stor, publisher x der duit nak ulang cetak. Sedih … sedih …

Teman : aik, aku baru nak promo kat libri aku, tak sempat lg. dah abih …. laaa

Ini lah nasih penulis buku. Bukunya laris tp penerbit tak boleh ulang cetak sbb tak da duit. Ya ka, boleh terima ke alasan ??? sebuah buku berapa sangat penulis dapat berbanding dengan penerbit, pencetak, pengedar dan penjual !!!! agak2 boleh tak cetak dan jual sendiri … pakai nama penerbit saja dan bayar komesen ke penerbit pulak.