Assalamualaikum. Untuk di manafaatkan bersama.
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah
umatku BUKAN daripada kalangan umat".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan
beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama
Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya
telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian
menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya
memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam
pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu
keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India
beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar
kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan
Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah
daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke
Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan
yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak
memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his
religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua
Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama
Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan
hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak
lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut
kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan
itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis
Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam
tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta ,
peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika
Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat
berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit
tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara
kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang
telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam
di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja
orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan
tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak
supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan
pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini..
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi
saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang
memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber :
jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia
Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000
hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu
Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang..
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di
pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional
sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis,
mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka
bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.
Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat.
Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran
salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran
di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika
Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun
mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.
Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.
Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran
Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada
sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam
diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza
sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab
suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula.
Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para
paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada
berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman
Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula
yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai
universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS
dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian
Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi
penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki
sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus
dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama
Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori
oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan
yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam
akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam
akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform
dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang
sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar.
Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan
kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa
bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang
sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk
melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian
kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. Orientalis yang akhirnya
masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu
dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita
perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat
buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan
masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan
keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini,
Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di
seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau
pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam,
al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada
setiap individu Muslim.
Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu
yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan.
Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang
bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain... Bagaimanapun,
pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak
di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak
----------------
Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat
Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..
Sekian, terima kasih.
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)